2024.05.28 – Jalan-jalan ke Hatyai, Thailand

2024.05.28 – 06.01
Jalan-jalan ke Hatyai, Thailand.

Biar gambar berbicara.. Hehehe…

Biasa makan di kedai tomyam jer.. hari ni kita makan kat Thailand terus. Makan tengahari di Bangloh Kaitodecha.

 

Makan tengahari kami, ayam goreng, tomyam ayam.. teh tarik ais.. slurppp… Bismillah.. Makanan kat sini agak murah.. Boleh lupakan diet dulu sekejap..

 

Kiosk buah ni depan kedai makan Bangloh tu. Murah jah buahnya.. 20Baht

 

Kami dapat nota cinta kat cermin kereta. Syukur belum saman dan clamp lagi. Ada peraturan letak kereta kat sini. Comel kan ayat dia?

 

Hotel tempat kami menginap.. Hotel baru.. Selesa.. Cuma agak jauh dari bandar..  Ada parking khas untuk pelanggan.. Cuma terhad dan bukan dekat hotel.. dalam 100 meter gitu.. Parking bawah hotel pun ada.. cuma untuk 2, 3 buah kereta – kecil, sempit dan ramp nak naik agak tinggi.. bahaya bagi kereta yang ada skirting rendah.

 

Memandangkan HP, tablet dan laptop penting dalam pengembaraan, maka kena bersedia dengan soket jenis ini jika ke sini. Beli kat sini dalam 3 = 100 Baht (kalau kat pasar malam)

 

Suasana malam di bandar Hatyai

 

Jom cari jersi Thai..

 

The Regency Hotel (http://www.theregency-hatyai.com). Kalau menginap kat sini, mudah nak makan.. Hahaha

 

Selain dari fridge magnet atau keychain, kepala plug tu pun boleh jadi cenderahati balik dari Hatyai kan.. haha.. 3 barang 100Baht.. pilih.. pilih..

 

Udang dia bak hangg.. patut la diet ke laut kalau macam ni.. untuk pemilik gout, harap bersabar..

 

Dari pandangan puncak menara tinjau di Sea Verse.. Gayat sikit.. Jangan pandang bawah..

 

Ushar juga baju kat Masjid Songkhla tu, tapi size kecik ja ada.. Cantik kan view dia dari puncak menara tinjau Sea View ni.. katanya banyak dah ‘masjid’ dibina di sana.. Alhamdulillah.

 

Selain dari tempat makan, tempat bergambar dan menara tinjau, Sea View juga ada mini zoo. Ada itik, ada angsa, ada kambing ketot, ada kura-kura dan ada ayam. Gambar ini menunjukkan acara kejar mengejar sedang berlangsung.

 

Tengah jambatan simen (dia ada juga jambatan gantung). Berlatar belakangkan menara tinjau di Sea View. Dalam kolam tu, tak pasti la ada buaya ke idok.

 

Banyak juga tempat untuk bergambar. Kalau datang time matahari atas kepala, bertahanlah sekejap. Ni time orang dah tak ramai.

 

Alhamdulillah, dua hati bersatu pada hari ini, 29 Mei 2xxx.. Hehehe.

 

Behind the scene. Hahaha..

 

Nak dapat port ni, kena tunggu lah.. Walaupun matahari atas kepala.

 

Tunggu yang kuda air tu, ambik kat sini dulu.

 

Ni pun port cantik juga untuk bergambar. Bila dah kreatif kan, macam-macam angle boleh ambil dalam Sea View ni.

 

Dalam perahu tu, diorang ada letak beberapa kotak. Kat kotak tu tulis macam Love – Luck cenggitulah.. so masing-masing balinglah the lucky coin.. Syukur anak-anak ambe tak buat.

 

Pn Dr bagi izin.. untuk bergambar di depan pejabat agama Islam Songkhla.

 

Pengantin lain yang bersama kami

 

Tempat wudhu dia semua ada kerusi. Si Idris boleh tak perasan kerusi basah, terus duduk.. kira mandi teruslah.. haha

 

Ambil gambar ni sebab dapat idea… kalau nak buat poster untuk masjid, patut gunakan background masjid sendiri aja.. cantik kan masjid tu.. lagi-lagi gambar watak boleh generate pakai AI jer sekarang ni..

 

Basah tak basah, phone tetap kat tangan. Busy benar lah si Idris ni.

 

Kedai masjid. Senang dapat barang confirm halal kat sini. Tak perasan plak burger viral 7-11 ada tak.. hehe

 

Masa ni hujan rintik-rintik. Awan pun dah gelap tu..

 

Sampai di Samila Beach ni, hujan dah berhenti. Dia pantai, ada patung ikan duyung ni.. Tengok ramai la beratur nak bergambar.. Ambe tolong ambil gambar Pn Dr jer, sebab dia ada gambar kenangan.. pastu kat luar pantai, ada rounf-about tulisan Samila Beach, ada view bukit tulis Songkhla City.. ada tulisan Samila Beach.. dan jumpa ramai jugak lah pelancong dari Malaysia. Cuma masalah kat sini kalau bawa kereta sendiri adalah nak parking. Macam kami, kami gilir-gilir.. Hehehe.. kena pastikan dalam kereta ada driver supaya tak kena saman dengan polis trafik yang sentiasa datang round.

 

Asean Bazar Market. Cam biasa, makan lagi… Dia tutup jam 10 tau.. jam 10 waktu Thai.. bukan waktu Malaysia. waktu Thai, 1 jam awal dari Malaysia.

 

Nak apa? Ayam menangis? Daging bakar menangis? Dan paling utama, poket confirm menangis.. Hahaha..

 

Alhamdulillah, beliau membesar dengan baik. Semoga jadi anak yang soleh ya Adam. Jadi abang yang baik untuk adik².

 

Jalan hotel kami. Hotel baru, so nama dia tak familiar dengan tuk tuk atau lain-lain. Hotel ni ada mural kat dinding, tapi kami tak sempat nak we-fie. Almaklumlah, terlampau sibuk kan..

 

Pengalaman berbeza dalam 7-11 di Malaysia dan Thailand. 7e Malaysia, beli roti dan komik Lawak Kampus (sekali sekala Ujang.. hehe).. tapi 7e di Thailand dah macam kedai runcit dah.. cuma hati-hati kat bahagian makanan. Rajinkan baca label, sebab mungkin anda terambil burger/sosej babi tanpa sengaja.

 

Roti hiris kat sana… Paket dia pun cantik.. sebab ada pelekat.. cuma sebab biasa simpul je lepas makan, tetap juga ikat.. haha

 

Dimsum Chabura, Hatyai. Ada gambar dari depan, tapi gambar waitress lengan pendek pula. Pun kedai viral ni.. Ramai pelancong Malaysia dalam ni..

 

Harga dia.. meleleh.. tapi kalau convert, macam sama jer.. sebab tu orang kata, jangan convert.. makan dan bayar jer.. haha

 

Kalau dah hidang camni, meh-meh Nasi Sederhana Padang dah ni.. Hahaha.. cara dia, ambil dulang kat kaunter, dengan nombor sekali.. pilih mana-mana menu yang dikehendaki.. siap pilih, bagi kat pekerja dia untuk defrost dan dipanaskan.. Tunggu di meja bersama no yang diambil tu.. Ambil sekali banyak terus, jangan sikit-sikit sebab ramai orang.

 

Maka, inilah hasilnya. Bayaran boleh guna credit card, boleh guna debit card, boleh guna QR Pay dan pastinya boleh gunakan tunai (Baht). 5 Dewasa, 2 kanak-kanak dalam ฿1000 (RM128).. Boleh la..

 

Kat bundle Preem Import (https://www.facebook.com/preem269) ni, macam-macam jenama ada.. bundle, tapi masih dalam condition yang baik. Ada ฿890 (RM114), ada ฿790 (RM101) dan lain-lain. Setiap anak, ambe belanja sepasang kasut. Kenangan datang Thai. Cuma risau kaki diorang cepat membesar jer la.. Hehehe. Jenama Balenciaga pun ada. Kalau follow FB dia, ada diskaun.

 

Luar penuh, dalam pun penuh.. Yang sikit, poket sahaja. Sini bayar guna QR Pay atau tunai sahaja. Tiada kad. Maybe mereka boleh improvekan sikit untuk bukak kaunter bayaran kepada dua.. dan juga sediakan bakul belian. Heheh..

 

Tengah membaca manual dalam Central Hatyai. Misi nak cari Strawberry Club (macam kedai RM2 kat Malaysia).. kemudian nak cari Boots (kedai macam Watson, Guardian kat Malaysia).. Tup-tup otw balik hotel, jumpa pulak brach Strawberry Club tepi jalan.. Hahaha

 

real gentleman, biarkan ladies shopping.. kami main bubble jer.. hahaha

 

Jumpa dengan Chazy Nash (Youtuber)..

 

Inilah dia Strawberry Club tu

 

Jersi Thailand di Kaysorn. ฿999 (RM128). Macam original dah ni. Takde tulisan/logo Chang kat depan. Kaysorn ni macam kedai cenderahati sempurna kat sini. Takyah nak beli kat mana-mana tempat. Terus datang sini, ada baju tulisan Hatyai, keychain, fridge magnet, kasut, beg, kraftangan, coklat dan sebagainya. Jumpa dengan staff Maybank Taipan kat sini. Katanya, masuk sempadan, bas terus bawa kat sini dulu sebagai lokasi pertama. Harga dia tu, cam biasa lah.

 

Alkisahnya terjumpa dengan tempat pertandingan burung ketitir ni, tertinggal beg Idris kat Kaysorn masa pegi belah pagi. Lepas check-out, terus waze ke Kaysorn. Waze bawak ke satu jalan kecik, tapi jalan tutup sebab orang parking. Hukum pertandingan lawan bunyi burung 1. Al-Kafi (Mufti WP) 2. Kertas kerja UnisZa.

 

Antara stesen minyak di sini. 95 punya ฿38 (RM4.8) seliter. Wow.. Syukur tinggal di Malaysia. Tips jimat datang sini. Kalau guna kereta sendiri, isi minyak penuh kat Bukit Kayu Hitam, park kat hotel, naik jer tuk tuk. Confirm tak perlu isi minyak sepanjang duk kat sini. Ambe isi sekali untuk 10l (฿380 RM48.80). Manakala Ben terpaksa isi minyak jugak sebab emoji minyak kat dashboard dah bling bling.

 

Snap sekali bahagian depan 7e. Hahaha. Ni pun dah kat Danok, sebelum kami lepas sempadan.

 

Daging harimau menangis.. Huhu.. Dekat kedai makan depan Kakjah Restaurant.

 

Sup tulang

 

Ikan masak stim

 

Bakal menyinar di Chelsea FC nanti.. Hehehe.. Ni jer saiz yang ada..

 

Kemudahan tandas dan surau di sempadan Thailand – Malaysia. ICQS buka seawal jam 6.00 pagi dan tutup pada jam 12.00 malam waktu tempatan (ikut negara). Tandas dia nak masuk kena bayar. RM1 atau ฿10 kalau tak silap. Cuma conditioin toilet dia agak tidak memuaskan. Ramai pengguna kot, tak sempat nak maintenance.

 

Kalau tak sempat beli masa kat dalam bandar, boleh beli kat Dannok sebelum keluar sempadan.

 

Alhamdulillah, berakhir sudah pengembaraan pertama kami ke bumi Thailand (Dannok – Hat yai – Songkhla). Terima kasih banyak² kepada Ben dan Shafika jadi leader untuk trip ini. In shaa Allah, ada peluang dan rezeki, kami mengembara lagi.

Album kami