2024.05.25
Ziarah Kak Inin dan Abg Rosli (Bonda dan ayahanda almarhum Danny)
Putra Heights
Keluarga kak Inin dan ambe, berhubung atas nama profesional kerja dan tugasan ambe sebagai Ketua Penolong Amil Kariah (KPAK) di Masjid. Kami banyak berhubung untuk urusan permohonan bantuan zakat dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) terutama dalam keadaan almarhum Danny yang memerlukan bantuan perubatan sebab sakit yang beliau alami. Rasanya secara terperinci, ambe jarang jumpa almarhum, banyak jumpa kak Inin sahaja.
Almarhum pergi pada Khamis malam Jumaat.. dalam jam 11-12 malam gitu. Malangnya ambe tak dapat iringi proses pengurusan jenazah beliau di Masjid sebab nak bawa pelajar mualaf untuk santuni dan ziarah keluarga almarhum en Suhaimi di Perak.
Jadi, ambe ambil peluang sebelum balik rumah selepas bertugas (Asar – Sabtu), singgah rumah kak Inin di Putra Heights. Terkejut juga sebab kak Inin duduk di USJ 9 sebelum ni. Rupanya baru pindah. Alhamdulillah, dapat bersua mata dengan kak Inin, abg Rosli, cikgu Zaki (adik ipar kak Inin) dan Boy (anak sulung kak Inin). Tapi jumpa kat garaj sahajalah sebab ambe basah lencun main hujan. Masa ni juga la ambe dibawa ingat memori uruskan kak almarhum, Ummi Sarah di Masjid pada bulan Disember 2013 dulu. Ambe sendiri pun dah tak ingat dah. Almarhum Danny rupanya meninggal dalam keadaan buta dan lumpuh dah.
Salam takziah untuk abg Rosli dan kak Inin.