2024.05.20 – En Suhaimi, suami Pn Ety Meninggal Dunia

2024.05.20
En Suhaimi, suami Pn Ety Meninggal Dunia

Kami ambil gambar khas sempena ziarah ke kedai gambar Uncle Eng di PJ tahun 2015. Berdiri dari kiri: Wong, almarhum Tn Suhaimi, ambe, Faiq. Duduk dari kiri: Annur, Anaqi (anak almarhum) dan en Farid (suami Mahdiyah)

Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun.

Jam 10 malam, 20 Mei 2024, Pn Ety maklumkan kepada ambe melalui WA, yang suami dia, Tn Suhaimi disahkan meninggal dunia di Ipoh. Akibat komplikasi penyakit yang dihadapi oleh beliau. Pn Ety merupakan pelajar Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) yang ambe kendalikan di Masjid Al-Falah, manakala almarhum Tn Suhaimi (Allahyarhamuh) adalah seorang suami yang selalu sokong dan support aktiviti kami.

Gambar di atas adalah aktiviti ziarah kami ke kedai gambar uncle Eng di PJ pada 24 Disember 2015 iaitu 9 tahun yang lalu. Jadi, boleh difahamilah ya kenapa ambe teramatlah muda dalam gambar. Hahaha.

Selamat berehat Tn Suhaimi.
Semoga Allah merahmati dan mengampuni Tuan serta memasukkan Tuan dalam golongan ahli syurga.