2024.05.18 – Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil

2024.05.18
Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil
Masjid Tengku Kelana Jaya Petra
Petaling Jaya

Alhamdulillah, Allah SWT mudahkan dan lapangkan untuk ambe, Pn Dr dan anak-anak untuk hadiri dan penuhi jemputan Ayah Chik iaitu adik ipar kepada jiran kami, Kak Ila di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Petaling Jaya. Ambe kenal dengan Ayah Chik secara rapat apabila arwah isterinya, Kak Su (Allahyarhamaha) meninggal dunia di rumah Kak Ila, dan Kak Ila minta tolong ambe untuk bantu uruskan jenazah. Call 911, selesai apa yang patut hinggalah van jenazah dari Kelana Jaya sampai ke Kajang, dan nak bawa balik jenazah ke Kelana Jaya. Berkebetulan pula, pengurus jenazah di MTKJP adalah ustaz Ridhuan Alias, member se-Tanta masa mengaji di kuliah Quran dulu. Dia amik Syariah dan aktif di Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT). Dari situ lah, berapa kali dah Ayah Cik jemput, asyik berhalangan (duty boh!).

Malam ni, Allah rezekikan bersua muka (lagi) dengan sheikh Shaedin. Selalu jumpa dia, sampaikan kuliah di Masjid Al-Falah. Hehe.. Berjumpa juga dengan Zaki, adik kepada ustaz Ridhuan, juga sekali kat Tanta dulu. Juga Allah rezekikan jumpa dengan Muhaimin, anak murid masa mengajar sekejap dulu kat Pulai Chondong. Satu batch dengan cikgu Amirul Mustaqim, Mamduh dan lain-lain.

Ayah Chik kalau dia menjemput ambe, dia akan gunakan #BukanKenduriKahwin.. Hahaha.. barangkali kalau jemput jurunikah ni, hanya untuk majlis kahwin sahaja. Dia tambah pula perasa, boleh la ustaz jumpa kawan ustaz nanti. Pasni jemputan beliau, confirm dia tambah lagi, boleh la jumpa kawan-kawan dan anak murid ustaz.. Hehehe..