2024.04.02 – Besarnya Hamper Raya

2024.04.02
Dapat hamper besar untuk dikongsi

Ambe dapat hamper raya dari peminat misteri. Hahaha… Banyak la misterinya. Pemberi adalah seorang mualaf lelaki (En Shakey). Banyak menguruskan hal ehwal beliau terutama berkenaan permohonan zakat asnaf mualaf. Isterinya pula diuji dengan sakit kanser. Semoga beliau dan isteri dikurniakan kemudahan dan kelapangan urusan. Mudah-mudahan doa 1o akhir Ramadan ini dimakbulkan oleh Allah. Ameen.

Hamper ini telah selamat di’faraid’kan kepada warga office tadi. Ada kurma, cookies, air, coklat dan sebagainya. Air sparkling, ambe hadiahkan kepada Umar (our multimedia officer) sebab budak muda lagi, kami dah usia ni dah tak minum air manis.. hahaha…

Ferrero Roche boikot ka? Orang dah bagi kan.. takkan nak buang.. leh la jadi bahan pameran untuk anakĀ² nanti. Hehehe..

Hantaran ini ambe tak share kat FB. Tak comel orang kata kongsi pasal makanan kan…

Leave a Reply