2024.03.07 – Mari Menderma Darah

2024.03.07
Mari Menderma Darah
Hospital Kajang, Selangor

Akhirnya buka balik buku merah, bukan buku pink ya… Hahaha.

Kali terakhir derma darah pada tahun 2013. Sedekad yang lalu. Asyik ada halangan sahaja. Kali ni pun ada halangan sebenarnya (hujan lebat). Tapi hujan lebat turun selepas siap derma darah, jadi tidak dipanggillah sebagai halangan lagi. Setengah jam juga tunggu hujan seret (reda) sebab ambe menunggang hari ni. Mana la ada parking kat Hospital Kajang ni kalau naik kereta.

Alhamdulillah, sebanyak 450ml darah telah dibawa keluar hari ini. Moga-moga dapat beri manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Pn Dr hantar mesej:
Terima kasih atas kerjasama semua.. sebanyak 82 responden dan 55berjaya menderma..alhamdulillah 😊

Ada orang bagitahu, bab derma darah free sahaja, tapi kat luar nun, semua kena bayo.. Hehehe…

Hari ni juga, santuni jiran no 90 yang kematian isteri pada waktu tengahari. Tak boleh nak tolong banyak sebab tugasan Maghrib Isyak hari ni. Alhamdulillah, pengurusan jenazah berjalan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *