2024.03.06 – Kelas Tafaqquh & Mesyuarat Penolong Pendaftar Perkahwinan

2024.03.06
Kelas Tafaqquh & Mesyuarat Penolong Pendaftar Perkahwinan
Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong
(Rasa macam ada tulis Tengku Ampuan Rahimah – tu Hospital.. Huhuhu)

Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk menghadirkan diri dalam majlis ilmu anjuran Bahagian Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Masih lagi buku sama, Perkahwinan dan Perceraian dalam Islam (https://shopee.com.my/-READY-STOCK-PERKAHWINAN-DAN-PERCERAIAN-DALAM-ISLAM-HAJI-MOHD-SALEH-HAJI-AHMAD-i.370106014.9615270107?sp_atk=624b0d51-4509-4f24-819a-498ec0431835&xptdk=624b0d51-4509-4f24-819a-498ec0431835) tulisan Haji Mohd Saleh Haji Ahmad (https://www.facebook.com/kajsungaibakap/posts/tuan-guru-dato-haji-salleh-ahmad-sungai-bakap-1947-2022-nama-penuhnya-ialah-tuan/4840519275959786/). Pengisi juga masih sama Alhamdulillah. Ustaz Jais Kamus.(https://www.facebook.com/UstazJaisKamos)  Tajuk berkenaan dengan hukum Perceraian mukasurat 140 kemudian ustaz Jais ajak bincang berkenaan dengan ‘Iddah Tambahan. Mesti kali pertama dengar kan? Hehehe.. ‘Iddah tambahan ini terjadi kerana Bersekedudukan dan Berkhalwat (m/s 267). Itu yang sampai Sheikh Lutfi garu kepala tu.. Hehe.. Kenangan buku ini, beli sendiri di Pustaka Haji Abdul Majid di Batu Caves. Pastu buat kutipan sesama PPP beli borong dengan mereka untuk agihan masa kelas tafaqquh. 21 April 2018. Hahaha. Pustaka Haji Abdul Majid pun dah pindah ke tempat lain dah sekarang ni. Taman Daya Sentul.

Selesai pengisian kelas tafaqquh, sambung pula dengan mesyuarat PPP. Makluman biasa dan luar biasa. Mana boleh bagitahu. Mesyuarat kan sulit. Hahaha…

Sebelum tutup majlis, pihak BUUK maklumkan perlantikan Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Undang-Undang Keluarga (BUUK) yang baru, Dr Amru Alhaz.

Leave a Reply