2024.03.03 -Jemaah Tadarrus Al-Falah, Haji Raham Meninggal Dunia

2024.03.03
Jemaah Tadarrus Al-Falah, Haji Raham Meninggal Dunia di Seremban

Dari kiri Tn Hj Raham (Allahyarhamuh), ambe, Tn Hj Khamis (hafizahullah) semasa kenduri kahwin anak Dato Seri A Majid Maidin di Persada Plus (kalau tak silap)

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Dukacita dimaklumkan, Tuan Haji Raham, geng tadarrus selepas subuh Masjid Al-Falah USJ 9 telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 malam 03 Mac 2024 di Seremban, Negeri Sembilan.

Jenazah akan diuruskan dan disolatkan di Masjid Tuanku Jaafar, Seremban dalam jam 10-11 pagi, 04 Mac 2024.

Rindu nak dengar beliau panggil, Tuanku.. hehe..

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسّع مدْخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس، اللهم أبدله داراً خيراً من داره، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً من زوجه، وأدخله الجنّة، وأعذه من عذاب القبر، ومن عذاب النّار.

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, perlakukanlah dia dengan baik, maafkanlah dia, muliakan tempat tinggalnya, luaskan pintu masuknya, mandikanlah dia dengan air, ais dan air sejuk, dan bersihkanlah dia dari dosa sebagaimana pakaian putih dibersihkan dari kotoran. Ya Allah, gantikanlah dia dengan rumah yang lebih baik daripada rumahnya, dan keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya, dan masukkanlah dia ke dalam syurga, dan lindungilah dia dari siksaan kubur dan dari siksaan api neraka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *