2024.03.01
Tuan Haji Orangzib USJ 1 meninggal dunia
Sebelum ini, en Zainal Fitri, anak tn hj Orangzib (Allahyarhamuh) selalu whatsapp perkembangan ayahnya. Masuk wad, keluar wad. Pernah dulu ke SJMC untuk ziarah beliau. Yang terakhir baru ni, beliau mesej ayahnya dibawa balik ke rumah sebab hospital tak boleh nak buat apa-apa. Nak gi ziarah pun, tak berapa sedap sebab duk batuk-batuk.0
Semalam masa duk dalam traffic jam, en Zainal whatsapp yang ayah dia sudah meninggal dunia jam 8 pagi. Masa tu kat traffic light Summit. Terus push ke kiri. Bagi signal, potong queue slow-slow (sorry!).
Alhamdulillah, urusan pengurusan jenazah selesai dengan solat jenazah selepas solat Jumaat. Ambe tak dapat nak follow. Kat Masjid Al-Falah pun ada jenazah, ingat boleh follow jumpa kat kubur, Rupanya waris minta untuk selesaikan sebelum solat Jumaat. Balik ke Masjid pun dah jam 1 dah.
Selamat jalan tuan guru. Banyak ajar ambe terutama berkenaan pengurusan lembu. Hehehe…
Ya Allah, ampunilah dan rahmatilah beliau.
Gambar kenangan semasa ziarah beliau di USJ 1 bersama dengan Shahriman Ahmad sempena Aidilfitri pada tahun 2017.