2024.02.29 – Ziarah Pusat Pelupusan Al-Quran @Batu 10, Cheras

Akhirnya hari ni Allah izinkan untuk ziarah dan berurusan dengan Pusat Pelupusan Al-Quran di Batu 10, Cheras ni. Berada di sebelah Masjid Batu 10.

Lokasi (https://maps.app.goo.gl/n5CEZY2AQEYDUY5GA).
Dia ada FB (https://www.facebook.com/lupusquran), tapi segala urusan by phone sahaja.

Kiraan harga berdasar KG. Ada beza harga antara mushaf al-Quran dan kitab agama.

Urusan hari ini, jumlah KG adalah 58kg dengan kos RM570.00. Baru separuh. Ada separuh lagi kat masjid. Belum masuk sendiri punya lagi ni. Hahaha…

Mesti semua sangka percuma kan. Yang percuma kalau bakar sendiri, lupus sendiri, tanam sendiri. Yang ini gunakan teknik terbaik dan terhormat dalam melupuskan ayat-ayat Al-Quran.

Agak-agak kalau bawa projek ni ke masjid/surau, boleh buat duit tambahan ke untuk masjid/surau? Sebab takutnya semua pakat tinggal depan gate, masjid/surau mesti bertanggungjawab (hahaha). Itu yang tertarik dengan mesej kat gate pusat ni: Dilarang meletakkan/meninggalkan mushaf al-Quran/buku agama tanpa pengetahuan mereka. Kalau tak, dikira sebagai BERHUTANG.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *