2024.02.29 – Ziarah Kematian Ayah En Azizul, Seremban

2024.02.29
Ayah En Azizul, Mohd Rasoul meninggal dunia di Seremban.

Hari ni dapat perkhabaran sedih. Ayahanda pegawai tadbir (kewangan) Masjid al-Falah, En Azizul menghembuskan nafasnya yang terakhir. Lepas rawatan di Hospital Selayang, mereka transfer ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban (tempat lepak dulu) kemudian HTS discharge untuk dibawa ke rumah. Alhamdulillah, segala urusan pengurusan jenazah dipermudahkan oleh Allah SWT. Ambe dari Kajang juga, Allah mudahkan dan beri kelapangan untuk sampai di sana. Solat Isyak berjemaah, kemudian solat jenazah.

Cantik nama tanah perkuburan dia. Maqbarah Salimah.

Kat sini guna teknik liang lahad tengah. tak sempat ambil gambar sebab pegang lampu.

En Azizul ni banyak berbakti kepada kami, terutama ambe yang menjawat jawatan lantikan masjid. Antaranya bila elaum imam dinaikkan , dia yang banyak bantu dari segi dokumentasi dan bentang kat Bendahari Masjid masa tu untuk dipertimbangkan. Walaupun imam bernombor banyak, namun jika masjid mampu, kenalah bagi juga. Sebab tugas imam sama rata. Isu tu pun jadi kenangan dan kisah asam garam bekerja, mana boleh cerita kat umum. Private and Confidential. DM tepi-tepian bolehlah.. haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *