2024.02.21 – Nasi Tradisi Orang Melayu

2024.02.21
Nasi Tradisi Orang Melayu

Sarapan pagi Rabu 21/02/2024. Jemaah (Dr Lokmal FRIM) bawa ambe bersama Cikgu Wan gi sarapan pagi menu Nasi Dagang di Makang Sedak, Foodcourt MBSJ Puchong Permai. Kami sampai jam 7.30 pagi, malangnya makanan belum tersedia. Maka bersidailah kami hingga jam 8.00 pagi memerhatikan suasana pagi sekitar foodcourt tersebut.

Sedap tu subjektif.. Hahaha.. Maghi raso sendiri lah..

Nasi Dagang Ganu lain, Nasi Dagang Kelate lain..

Nasi Kerabu tu saja jah letak.. kot-kot terliur… Hahaha…

Port Nasi Kerabu ambe biasa di Restoran Wardah, tapi jelira lagi di Kak Anie Shellrock Shah Ale. Kafeteria Masjid Al-Falah pun boleh tahan jugak.. dekat lagi.. Selera Campur-campur pun ada jugak sebab tokey dio ore Kelate kito, campur pulak isteri dio student mualaf ambe. Kekadang gi bbeli jugak di TKP Tomyam. Banyak weh port makan. Time sihat ni, boleh la nak makan.. kena kontrol la jugak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *