2024.02.05
Membantu Pengurusan Jenazah Anak Syurga
Hari ini ada temujanji Idris kat Hospital Kajang untuk fisio/carakerja. Jam 3.30 petang. Memang tak tengok phone sebab naik moto bersama Idris dan baby princess. Kalau bawa kereta, sahih la takdak parking. Masa daftar kehadiran, perasan ada miss-call. Tapi sebab masa tu baby princess tengah meragam nak phone, serah diri jer la. Sepanjang jaga baby princess, dia takdak sampai tantrum kalau tak dapat phone atau ambik phone dari dia. So so sahajalah.
Lepas daftar kehadiran, baru nak check phone. Baca kat group WA AJK Taman (penggal ni ambe diamanahkan untuk jadi Bendahari), tengah riuh pasal pengurusan jenazah. Rupanya anak syurga jiran (OKU terlantar, umur 5 tahun), meninggal dunia. Ada di Unit Forensik Hospital Kajang. Cuba hubungi ayah arwah, tengah berurusan dengan balai polis untuk laporan kematian.
Selesai urusan Idris dan dapatkan temujanji seterusnya, terus berkejar ke Unit Forensik. Alhamdulillah, masa tu hujan dah reda. Masa dalam fisio tu, memang dengar dan tengok hujan tengah lebat kat luar.
Jenazah masih belum boleh dituntut sebab belum dapat laporan polis.
Tunggu punya tunggu, sampai jer ayahnya bersama laporan polis, terus balik rumah sebab macam nak hujan lagi.
Pengurusan jenazah Adik Ahmad Naeem Harith diuruskan oleh NGO Amal Team (#pertubuhanamalteam) dari Bandar Baru Bangi. Mandi dan kafan. Ambe tukang jadi badan sibuk (busy body), hehehe…
Siap mandi, tepat azan maghrib. Terus solat berjemaah dan solat jenazah. Jam 8.15 kami berkumpul di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan (Baru) (https://maps.app.goo.gl/86s4tpFrfuq7Ua6m9)
Seperti biasa, pengiring ambe malam ini baby princess dengan lampu suluhnya.
Semoga pihak keluarga Hafriz dan Intan bersabar dengan ujian ini.
Manakala di Masjid Al-Falah hari ini pula, pagi tadi mereka uruskan jenazah puan Hajah Wan Noor Aini, balu tn Haji Riplis (Allahyarhamuh) yang meninggal di Mekah tahun lepas. Pautan: https://masjidalfalah.com/2024/02/05/2024-02-05-pengurusan-jenazah-puan-wan-noor-aini-usj-6/. Tak dapat bantu kat sana, Allah bagi bantu jiran setaman, Alhamdulillah.