2024.02.03
Meraikan CNY di Kelas Mualaf
Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk kami (pelajar kelas Mualaf) anjurkan juga projek makan Yee Sang sempena Tahun Baru Cina yang akan tiba tak lama lagi. Kena buat awal, sebab guru mereka tangguhkan kelas seketika. Juga untuk buat doa selamat pelajar yang ada masalah kesihatan. 2 pelajar kami akan/sedang buat rawatan. Suami kepada pelajar sedang dalam rawatan stroke, manakala seorang lagi pelajar perempuan akan buat pembedahan cyst.
Macam tak percaya, kami bertapak di Masjid Al-Falah sudah masuk tahun ke-10. Alhamdulillah.
Terima kasih kepada para pelajar yang bagi kerjasama baik untuk projek segera ini. Merancang pada hari Jumaat, buatnya hari Sabtu. Tak tahulah kat mana mereka dapatkan bahan Yee Sang tu. Menu lain, nasi lemak Opah dan juga oren.