2024.02.03
Jumpa Man Capati di Pasar Tani Jenaris, Kajang
Memandangkan jadual baru imam sudah berubah bermula Januari 2024, maka ambe menikmatinya dengan suka hati. Hehehe.. Hari ini, Sabtu shift ambe belah petang. Jadi belah pagi, dapat peluang untuk bawa Pn Dr dan anak-anak ke Pasar Tani Jenaris, Kajang.
Antara lokasi tumpuan adalah gerai Man Capati sebagaimana yang viral di halaman Ajimo (https://www.facebook.com/ajimochannel/videos/1041892383897531). Sasaran nak beli capati dengan sardin. Sebab biasa kalau pergi kedai mamak yang ada jual capati, susah nak cari yang ada kuah sardin. Hanya di Maju-Maju sahaja ada.
Roti dia lembut, dan kuah dia sedap. Alhamdulillah.
Boleh lagi la nak beli lagi pasni jika ada peluang dan ruang. In shaa Allah.