2023.12.06
Pencarian handwax sculpture berakhir
Alhamdulillah, setelah duk CCTV cari maklumat berkenaan tempat yang buat tangan lilin (handwax) ni, kami tutup pencarian kami di Berjaya Times Square Theme Park.
Antara tempat yang kami jumpa macam di Bukit Tinggi (mak aii, jauhnya), kemudian di i-City Shah Alam, kemudian di SS 15. Kemudian bila tanya di FB, saudara saya, Giant Dhom Imleh bagi tempat di Sunway Pryamid, malangnya kedai tu dah tutup.
Terima kasih kepada pihak Handwax BTSTP (en Abu dan staff lain) yang bantu kami. Kenangan termahal kami ni. Masa ambe kecil dulu, tak dapat nak buat. Mereka juga respon di FB Messenger dan juga telefon berbanding dengan tempat-tempat lain. Kami sampai pun dah hujung-hujung masa, rayu untuk bagi peluang kami buat. Terima kasih atas pertimbangan tersebut. Tak perlu bayar tiket masuk sebab hanya nak ke handwax sahaja. Siap hasil seni tersebut, tempat pun dah gelap. Siap pengawal keselamatan iringi kami lagi hingga ke pintu keluar. Macam VIP la pulak. Hahaha..