2023.12.04 – Ziarah ke Tanah Perkuburan

2023.12.04
Ziarah Tanah Perkuburan Islam USJ 22

Jam 9 pagi semalam, bro Ainor (Biro Pengurusan Jenazah) maklumkan ada jenazah akan masuk masjid pada hari ini (semalam). Kemudian beliau update jenazah lambat sikit sampai sebab kena post-mortem dan nak post-mortem tu, kena queue. Maybe makan masa jugak la. Zohor tu pun dah ada kenalan si mati datang. Asar pun ada juga yang bertanya. Kami pun tak tahu nak jawab macam mana.

Akhirnya penantian berakhir. Jenazah sampai di masjid jam 9.30 malam. Tu pun habiskan kelas mualaf awal 9.15 sebab macam takut ketinggalan solat jenazah pula kalau teruskan kelas. Cukup satu round masing-masing baca iqra’, kita jumpa next class lah pula.

Si mati, muda lagi. Umur dalam 32 tahun. Mati sebab kemalangan bersama dengan anak-anak. Tak silap 2 tahun dan sorang lagi 6 bulan. Kemalangan motosikal balik dari sarapan pagi. Kemalangannya semalam (Ahad) dan meninggal Isnin pagi. Arwah adalah sahabat kepada pelajar mualaf ambe, Zaidee Midan. Sempat jumpa ngan dia semalam bersama isterinya, Nawal.

Lepas selesai solat, terus ke rumah Ummi untuk jemput princess memandangkan kubur pun memang dah dalam perjalanan (on the way) balik rumah. Ini kali kedua bawa beliau ke kubur pada waktu malam. Dan kali ni beliau cukup sporting bersama dengan uncle (orang muda – lupa tanya nama dia). Yang dalam gambar ni waris si mati, kami tiba serentak. Bagi torch light, sibuk duduk menyuluh. Balik dari kubur, duk sebut kesian uncle, kesian uncle (sebab tidur seorang diri dalam kubur).

By the way, gambar tudung princess diambil dari Azy Shop (https://www.azyscarf.com/collections/tudung-kanak). Kami masih lagi sedang dalam proses didikan beliau untuk sentiasa tutup aurat. Doakan kami.

Selesai urusan pengebumian dan talkin, ambe belanja beliau di My Mesra Petronas. Syukur pintu kedai belum tutup lagi.

Leave a Reply