Alhamdulillah, dikurniakan peluang untuk bayarkan zakat bagi pihak Pn Dr. Bagi pihak diri sendiri, bayar guna auto-debit sahaja. Hehehe… Masih kekal di kaunter untuk buat ijab & qabul. Walaupun bukan syarat, tapi dah alang-alang submit dokumen permohonan zakat client, sekalilah bayarkan zakat.
Dapat hadiah kalendar tahun 2024 dan juga kad NFC Touch N Go. Dulu susah nak dapat kad ni, siap kena pre-prder lagi. Yang ni siap dapat sticker Lembaga Zakat Selangor lagi kat depannya. Kad NFC lain, kosong jer. Hehehe…
Itu beza bayar kat kaunter dan bayar guna online.
Boleh bayar kat mana-mana tempat pun.
Kelantan boleh, Terengganu boleh, Selangor boleh, KL boleh… bahkan Palestin pun boleh. Yang penting bayar. Walaupun ada pendapat mengatakan zakat sebaiknya dibayar di tempat mencari rezeki.
وَمَا آتَيْتُم مِّن رِّبًا لِّيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِندَ اللَّهِ ۖ وَمَا آتَيْتُم مِّن زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ
“Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.” Surah al-Ruum: 39