2023.11.28 – Whatsapp Jiran Kena Scam

2023.11.28
Group whatsapp kejiranan ambe riuh rendah sebab salah seorang dari jiran kami whatsapp personal setiap jirannya (ambe tak dapat), minta nak pinjam duit guna gaya ala-ala scammer.

(Bagi salam)
(Soalan: Boleh minta tolong tak)

Dengan jiran yang non-Muslim pun dia bantai bagi salam jugak.

Kebiasaan scammer ni menggunakan nombor lain, tapi jiran ambe yang ni, mereka menggunakan nombor betul jiran tersebut. Tak pasti macam mana mereka boleh buat, tapi kalau ikut pengetahuan dan carian ambe, antara faktor yang boleh menyebabkan boleh berlaku adalah:
1. Handphone hilang
2. Sign-in dalam device lain, kemudian lupa nak sign-out. Samada device public atau device sendiri kemudian hilang.

Kesian kepada nombor tersebut, sebab ramai yang tahu siapa pemiliknya. Ramai juga yang percaya. Cuma bila melihat kepada kepada no akaun untuk ditransfer, bolehlah berkira-kira jika nak bantu. Heheh.. Last sekali, beliau terpaksa tukar no phone baru sekarang ini.

Keldai akaun untuk jiran saya ini, dia pakai dua akaun. 1. Muhammad Muhaymin Ahmad Nasir (HongLeong Bank) 2. FAIRUL AKHZAL SAYED SULTAN (CIMB BANK).

No akaun dalam poster taman ambe tu, bukan scammer tau. Tu no akaun rasmi persatuan penduduk. Cari dana untuk pengurusan taman. Boleh lah adik/kakak sekalian tolong sikit-sikit. Heheh…

Antara cara nak atasi masalah ini adalah dengan buat 2 kali pengesahan keselamatan di Whatsapp dan kemudian kalau nak sign-in di laptop, boleh lazimi untuk sign-out selepas digunakan terutama kalau laptop/device public. Mencegah lebih baik dari merawat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *