2023.11.25 – Kursus Pengurusan Jenazah untuk pelajar darjah 4, 5 dan 6 SK Seksyen 11

kursus pengurusan jenazah

2023.11.25
Kursus Pengurusan Jenazah untuk murid tahun 4, 5 dan 6
Sekolah Kebangsaan Seksyen 11, Kota Damansara
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Sk-Seksyen-11-Kota-Damansara/268252369949064
Lokasi: https://maps.app.goo.gl/teqozK4X6mASAUqA6

Terima kasih kepada abang Lan (https://www.facebook.com/azlan.saari.3) atas jemputan untuk sampaikan pengisian modul pengurusan jenazah untuk pelajar sekolah ini. Pelajar baik-baik semua, sporting ditambah pula dengan barisan pendidik yang berdedikasi. Mudah-mudahan menjadi pemimpin terbaik di masa hadapan.

Terima kasih kepada Hafiz, wakil abang Lan yang banyak tolong mudahkan penyampaian. Termasuk jugalah menghulurkan hadiah tunai kepada pelajar yang berani bertanya. Hehe.. Nama pelajar yang diingat, Dayyan, Danish, Daniel, Afiq, Al-Walid dll.

Soalan-soalan pun boleh tahan juga. Kenapa kena bawa balik jenazah balik kampung kalau meninggal kat sini… Takkan la nak jawab sebab boleh dik kan…

Mudah-mudahan mereka dapat kekuatan untuk uruskan jenazah ahli keluarga mereka nanti.

Teringat pesanan tuan haji yang uruskan jenazah abang Faizal baru ni, nak uruskan jenazah ini perlukan orang yang berilmu, amanah dan ikhlas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *