2023.11.19 – Temankan Idris Join Chess Tournament @Metro Point, Kajang

2023.11.19
Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk bawa Idris dan Farha ke Chess Tournament di Metro Point, Kajang. Asal tahu tournament ini, bila kami ke Metro Point nak makan Mee Tarik Warisan Asli (https://www.facebook.com/meetarikkajang/?locale=ms_MY). Masa tunggu lift nak balik, duk baca iklan kat TV dia. Terus tanya Adam dan Idris nak join ke tak. Adam tak nak join, nak main Mobile Legend sahaja katanya. Idris on sahaja. Masa ni, mereka baru lepas tournament kat ABIM, Kejohanan Piala Bangi.

Kategori Idris, Under 10 majoritinya orang Cina. Hanya ada 3 sahaja Melayu, dan lawan Idris semuanya kawan baru berbangsa Cina. Game pertama, sebab lambat sampai, dia habiskan awal. Tak ready. Game ke 2, ada fight sikit. Game ketiga, tengok lawan dia bawak keluar “queen” jer, terus check-mate.. Hehehe.. Bila tanya kenapa, lupa dah step dia.. Tak apa. Game keempat, paling lama. Tapi kalah. Game kelima, Alhamdulillah menang. By fault sebab lawan dapat 2 kad merah. Final game, juga fight. Kalah. So rekod tournament ni 1:5.

Sepanjang duduk tunggu Idris ni, disapa oleh:
1) satu abang ni. Tapi lebih berkisar kepada bagaimana pembangunan catur untuk orang Melayu yang dilaksanakan oleh kerajaan. Bila masuk bab peralihan/pertukaran kerajaan, ambe tak berapa reti dah nak komplen. jadi pendengar sahaja. Maklumlah, kita hanya mampu tengok jer la.
2) cikgu fuad namanya. bekas Arbitter automatik juga biasa main catur. sekarang jadi cikgu catur kat sekolahnya di KL. datang sini, bawa family temankan anak kat GMI Bangi outing. Siap bagi cadangan supaya dedahkan Idris dengan apps Play Magnus (https://www.playmagnus.com/). Sebab kalau lichess (https://lichess.org/) terlalu advanced.

Terima kasih Metro Point sebab anjurkan tournament ini. Idris sign-off dulu. Ada keutamaan lain untuk join tournament sepanjang bulan Disember nanti.
Pusingan pertama. Nafas pun tak lepas lagi. Masa ni kami tengah cari port yang sesuai. Couple baju biru dan tudung krim tu, ada anak sama kategori ngan Idris juga. Tapi takde rezeki untuk lawan. hebat gak. 4 menang.
Sebab boleh dik.. Boleh jadi duta metropoint ni.. hehe.. masa ni beliau masih in mood lagi
Suasana tempat tournament
senyuman di balik topeng muka
senyuman yang menawan
Mana pernah dapat nak shoot dalam Metro Point.. Dan juga mana pernah bawa camera DSLR masuk dalam ni.. Hahaha
Pusingan ke-2
Pusingan ke-3.. Paling cepat. Keluarkan queen teruss….
Inilah pusingan paling lama dan paling seronok Idris layan dan bercerita. Daddy, dia gerak queen. Adik gerak queen. Dia gerak castle, adik gerak castle.. fuhhh
Minta kerjasama dari cik Arbitter untuk pinjam sat papan dan buah catur.. nak ilangkan tantrum baby ha nak main chess. kejap je, sebelum cik Arbitter datang balik bgtahu organizer tak bagi. Terima kasih bagi peluang kepada baby ha.. terus happy
Meja ni duduk depan ambe duduk.
Pusingan ke-5. Adiknya protes nak join jugak.
Wajah gembira lepas menang pusingan ke-5… hehe
Pusingan terakhir. Masa ni dia dah stress nak balik.. Hahah.. sebab dah kalah banyak

Leave a Reply