2023.11.09
Baca mesej kat group jemaah masjid:
Assalamualaikum. Hj Rahim mantan Surau Nur Hidayah USJ9 bru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.45 petang tadi.Moga Arwah tergolong dalam kalangan orang² yg Soleh & Beriman.Amin Ya Rabb
Terima kasih kepada Firdaus @ Bond (https://www.facebook.com/bond.bond.969) atas makluman tersebut.
Banyak memori dengan Hj Rahim (Allahyarhamuh). Antaranya jemputan untuk ambe jadi imam terawih. Jadi jugak, tapi takde la lancar mana. Hehehe.. Afiq banyak bantu. Semoga Allah mudahkan urusan Afiq. Lama tak jumpa dia.
Arwah dah beberapa hari admitted ke PPUM. Kegagalan organ dalaman berfungsi. Gambar kat atas, gambar bulan lima. Selepas solat Jumaat. Hj Sani (Biro Kemasyarakatan) ajak melawat beliau. Alang-alang dah ada di masjid, terus join beliau. Siap beliau pesan lagi, kalau beliau meninggal, tolong lah jadi imam solat jenazah beliau. Ambe kata, kita tak runsing kalau tn haji pergi dulu. Kita ada boleh uruskan. Yang kita risau, kalu kita gi dulu. Tn Hj dop berapa boleh gi ssejid untuk jadi imam solat jenazah kito. Heheh..
Alhamdulillah, anak jate arwah jadi imam solat jenazah semalam. Solat jenazah selepas solat Maghrib.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَاعْفُ عَنْهُ وَعَافِهِ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِمَاءٍ وَثَلْجٍ وَبَرَدٍ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدخِلْهُ الجَنَّةَ وَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ
Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka