2023.10.21 – Ujian Penilaian Guru Mualaf LZS

 

2023.10.23
Ujian Penilaian Guru Pembimbing Asnaf Mualaf (GPAM)
Lembaga Zakat Selangor
Baitul Hikmah (Akademi Latihan Asnaf Mualaf)
Ulu Yam, Selangor.

Alhamdulillah, Allah izinkan untuk hadirkan diri untuk memenuhi keperluan tauliah mengajar asnaf Mualaf bagi Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) LZS untuk sesi 2024-2026. Ada rezeki, in shaa Allah terus menyampaikan ilmu kepada mualaf.

Bertolak dari USJ jam 8.15pagi dan sampai sana dalam jam 9.15pagi. Parking takdak, terpaksa parking tepi jalan sahaja.Terus diajak tumpang naik shuttle van nak masuk pusat latihan. Pusat latihan berada di atas bukit. Cukup baik untuk sesiapa yang ingin exercise. Hehehe.

Ni belum sampai puncak lagi. Baru kat pintu pagar. Sebelum Baitul Hikmah ni, ada satu lagi Baitul Iman, rumah perlindungan LZS. Comel la pula bunga purple tu…

Daftar guna QR-Code. Rupanya hari ni ada 300 orang calon – Guru Pembimbing Asnaf Mualaf (sambungan), Guru Pembimbing Asnaf Fakir Miskin (sambung) dan calon-calon baru untuk kedua-dua jawatan.

Ini di puncak.. Naik naik shuttle van, turun guna kaki jer.. risau jugak takut tergolek jer.. Almaklumlah, turun bukit, kita pulak sihat walafiat

Ada ujian bertulis (1 jam: Feqah dan Tauhid) dan ada ujian lisan – Tilawah (surah Luqman) dan Hafazan (Wajib: Al-Fatihah dan ayat Kursi, pilihan ambe boleh surah at-Takathur dan surah al-A’la).

Sayang pen Pilot ni. Rosak pun, ada orang tolong gantikan. Hahaha… Kalau orang jumpa pun, tak nak ambik sebab dah tukar nama kepada Hakimi dah..
Guru cemerlang dari Petaling, Ustaz Ghani kita
Juga guru cemerlang dari Petaling sedang menunggu giliran untuk Hafazan. Ustaz Shawal dan Ustaz Al-Hilal

Leave a Reply