2023.10.13-15 – Karnival Maulidur Rasul dan sambutan Jubli Perak Masjid Al-Falah USJ 9

Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang memuaskan untuk sama-sama meraikan program Karnival Maulidur Rasul dan sambutan Jubli Perak (25 tahun) Masjid Al-Falah tempat ambe mencurahkan tenaga dan keringat.

Antara program dan aktiviti yang dianjurkan seperti Quran Hour (hak ni ambe tak join sebab batuk tak stop. kacau rakaman rasmi), Tanyalah Ustaz (hak ni ambe join, tapi takde lah dalam rakaman.. belakang tabir jah), muazzin, hafazan, kuliah-kuliah, pengisian pentas dan sebagainya termasuk juga aktiviti memanah yang diuruskan oleh Tn Hj Shahruddin (ayah Moi).

Karnival kali ni, pelajar mualaf ambe ditawarkan satu tapak gerai, dan tanpa berdolak dalik, ambe ambik terus dan bincang dengan mereka. Mereka nak buat bakso. Kita on kan ajer. #donesupport. Kuasa viral, ada pelajar mualaf buat inisiatif, guna medsos beliau untuk lancarkan infaq untuk agihan sedekah. So cepat la abis jualan kami. 3 hari niaga, 300 mangkuk dijual. Alhamdulillah. Pengalaman dari karnival kali ni, mereka suka dan harap dapat diteruskan lagi. Cuma yang tak berapa best tu, bila habis awal, tutup awal. Adalah yang datang menumpang meja niaga kami, tapi lupa nak kemaskan balik. Lap meja ke, kutip sampah ke, susun meja ke. So jadi persoalan bagi mereka, kalau kat luar kawasan masjid, agak logik la. Ingat dalam masjid, takde la perangai camtu. Ambe jawab, dah namanya manusia, lain la kalau malaikat. Hehehe…

Kalau deme-deme semua perlukan pemanah ke, tukang masak ke, tukang sorak ke, tukang ambik gambar ke.. jangan cari ambe deh.. ramai lagi orang lain yang lagi hebat di luar sana. Hehehe.

Ambe belanja video gerai bakso student mualaf ambe:

Leave a Reply