2023.08.25 – Perginya seorang sahabat

Perginya seorang sahabat

Hari Jumaat, 25 Ogos 2023.

Dikejutkan dengan mesej Whatsapp dalam group pengurusan jenazah masjid: “Salam semua… mohon smua standby….anak kpd hj Jalal baru saje meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya”. First impression, kasar prank kali ni. Terus WA makmumku, Tn Hj Jalal. Dan try call dia dan menantu dia. Tiada jawapan. Lepas tu, mereka balas call, dan mengesahkan kenyataan tersebut. Eksiden di Federal Highway (laluan sikal) depan Naza World. Meninggal di tempat kejadian.

lawat arwah kat cafenya di ss15

Rapat dengan arwah dari musim aktif main badminton. Bersoal jawab. Ngeteh. Hinggalah syahadahkan bakal isterinya dan setahun selepas syahadah, mereka kahwin – musim PKP. Ambe jadi saksi nikah. Hehehe… Pernah lawat arwah masa arwah keje kat McD Taipan, kemudian lawat arwah masa arwah jadi brewer di SS15. Last sekali bergambar dengan arwah, masa arwah tengah breakfast dengan hj Jalal dan bondanya kat Rasmeena. Masa tu usik dia sebab dia baru terserempak dengan Mufti Menk. Jika Mad bergambar dengan Mufti Menk, maka kalau saya bergambar dengan Mad, kira saya bergambar dengan Mufti Menk la ya.. hehehe. Malangnya gambar tersebut dalam phone Oppo yang rosak (LCD rosak – ada harapan, cuma duit jer belum ada cahaya).

Masa ni nikah kakak sulung arwah. Gambar nikah mereka berdua kat PAID shah alam tak tahu di mana. Gambar banyak dalam phone Oppo tu

Arwah orang baik. Ayah arwah juga orang baik. Selalu hadiahkan kami buah nenas sedap. Bonda arwah juga orang baik. Pernah belanja daging dan tulang suruh buat sup untuk keluarga kecil ambe. Almaklum la kan, cef keluarga. Hehe. Isteri arwah juga orang baik. Sebagai pelajar mualaf, selalu support program kelas dan juga program masjid dan aktiviti kebajikan.

Alhamdulillah, dapat bantu mandi, kafan, solat hinggalah ke tanah perkuburan kat USJ 22. Selamat berehat sahabat. Kami akan menyusul jua nanti mengikut langkahmu.

Alhamdulillah, selesai urusan jenazah arwah ngam-ngam sebelum masuk Maghrib. dan hujan sudah mula turun rintik-rintik. Gambar dari FB sepupu arwah, ustazah Baizura.

Juga dapat menyantuni uncle Mohanan dan auntie. Jumpa mereka kali pertama masa syahadah, kali kedua masa akad nikah dan kali ketiga, yang ini.

Allahumaghfirlahu warhamhu wa ‘aafihi wa ‘fu ‘anhu.
Ya Allah, ampunilah dosa mereka, berilah rahmatMu ke atas mereka, sejahtera dan maafkanlah mereka.

Semoga isteri dan seisi keluarga sabar dan tabah dengan ujian ini. Ametha, hj Jalal, hjh Faridah, Fatihah, Ikram, Salam dan Aisyah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *