2023.08.22 – Apabila kematian menjemput

Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun.

Allahummaghfirlahum warhamhum wa ‘afihim wa’fu ‘anhum.

Hari ini dapaat 4 berita mengenai kematian. Dua adalah dari Masjid al-Falah iaitu yang diuruskan oleh Biro Pengurusan Jenazah, En Bahari dari USJ 9 dan En Wahid dari Court 4, USJ 8. En Wahid adalah ahli Al-Falah Care USJ 9 iaitu entiti kebajikan masjid yang diuruskan oleh ambe sendiri. Kita wakilkan kat orang masjid lah untuk selesaikan. Sebab kat Kajang, menziarahi jenazah ayah kepada kawan Pn Dr. Pn Dr siap ambil grab lagi dari HUKM untuk balik Kajang. Dan cam biasalah, ambe lah yang hantar beliau balik ke sarangnya. Katanya kawan di SAMBEST.

Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan yang diuruskan oleh Masjid Jamek Pekan Kajang
Sahabat se-Tanta, Saudara Naim merangkap wakil MJPK menguruskan tanah perkuburan ini

Satu lagi berita kematian yang ambe dah share sebelum ini. Sahabat merangkap junior di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat (MTAQ), Pulai Chondong, Kelantan, Muhammad Hafidz bin Idris (9623). Memang banyak kali baca, dan banyak kali duk refresh FB kot-kot ada penafian dari beriita yang tersebar. Mecai (Allahyarhamuh) katanya dikebumikan di Perlis, duk baca kawan-kawan sebatch beliau ziarah ke sana.

Hari ni juga, gi sekolah Adam sebab dia call dan cikgu dia sahkan, dia sakit mata. Semoga cepat sembuh anakku.

Restoran Mama J.Kie Kajang Impian

Otw balik ke rumah, singgah dulu makan di Restoran Mama J.kie. Lama tak datang sini. Dah pindah tempat baru dah pun. Nasi kerabunya puas hati Alhamdulillah. Maps Google  Waze. Tengah duk sedap menikmati nasi kerabu, Pn Dr WA tentang kematian ayah kawannya. Minta jadi wakil untuk hadir solat jenazah, dan beliau cuba cari member cover centre dia untuk hadir ke tanah perkuburan.

 

Leave a Reply