Ambe apply cuti untuk iringi Pn Dr attend kursus O&G (CTG Masterclass & Labour Ward Management 2023) di HOSHAS, Temerloh, Pahang. Hospital yang menjadi kenangan sebab Pn Dr dan Adam pernah admit di sini selepas kemalangan kena langgar dek lori dari belakang kat atas LPT masa otw balik USJ untuk attend kenduri kahwin anak auntie Nor (rumah sebelah Ummi). HOSHAS juga sentiasa menjadi hospital rujukan ketikamana Pn Dr duty di Klinik Kesihatan Padang Luas, Bera suatu masa dulu.
Kami bertolak dari HUKM dalam jam 5 petang, mengharungi jalan jem orang balik kerja kat MRR2. Tapi potong naik DUKE sebab waze rekomenkan (haha). Kalau layan MRR2, maunya lagi lama. Berhenti kat Petronas lepas Dusun Eco yang selalu menjadi tempat transit bila pergi balik Bera dulu. Sampai kami labelkan Petronas Pn Dr. Hehe. Jam 7 kami sambung jalan.
Dalam jam 8 kami singgah kat Alysha Tomyam sebelum masuk bandar Temerloh. So so la. Alhamdulillah. Sup ekor RM13 oklah.
Selesai makan, terus ke homestay. Punya lah lama tak masuk Temerloh, sampai blur jalan dia. Syukur guna waze (hehe). Memang ikut waze jer. Hotel Jelai rupanya belah malam takde lampu. Hanya ada lampu liplap tulis HOTEL sahaja. Naik jambatan, rupanya tengah buat jambatan baru kat sebelah. In shaa Allah, kuranglah kesesakan trafik kat situ bila siap nanti.
Pn Dr pilih homestay dekat dengan HOSHAS. Memang dekat sungguh. 3 minit jer nak ke HOSHAS. Jalan kaki pun sampai. Jalan tu memang banyak homestay bajet untuk para pelawat datang dari jauh yang bermalam jika ada urusan di HOSHAS. Bolehlah baring dan tidur hilangkan penat memandu.
Izzy Homestay. Lorong Jaya. Homestay yang selesa. Ada 2 bilik tidur dan 2 toilet. Ada washing machine dan fridge. TV pun smart TV walaupun kecil. Sempat la layan movie Extraction. Movie ni tak sesuai untuk budak2 sebab kejenya tembakkkk jer.
Esoknya (Jumaat), kami beli breakfast tepi jalan sebelum masuk HOSHAS. Sebab Pn Dr nak duk seat depan katanya. Tapi memang betul la. Dia duk seat depan. Boleh tengok koleksi gambar di album HOSHAS sendiri.
Check-out dari homestay dalam jam 1.15 petang iaitu ngam-ngam waktu solat fardhu Jumaat. Farha pulak masih tido, jadi minta Adam temankan dia dalam kereta sambil kami berdua, ambe dan Idris solat Jumaat. Kami solat di Masjid Ubudiah, Kg Paya Luas. Ramai staff HOSHAS kat sini.
Selesai solat Jumaat, masa untuk makan tengahari. Oleh kerana Farha masih lagi tidur, jadi kami relaks dulu dalam kereta. Pilihan makan tengahari kami juga dalam perimeter HOSHAS iaitu depan pintu pagar HOSHAS.. hahaha..
Nasi kukus ayam berempah, ABC dan cendol. Bismillah…
HOSHAS ada Pusat Islam – surau dan perpustakaan. Dapat jugak landing sekejap sambil tunggu Pn Dr habis kursus. Lokasi Pusat Islam ini betul-betul depan lobi hospital. Tak tersorok. Kopiah tu beli di Masjid Ubudiah pas solat Jumaat. Follow Adam pernah dan duk pakai kopiah jenis sama. Dia beli kat kedai pakaian sebelum ini. Beli sekali untuk Idris. So kami 3 beranak pakai kopiah jenis sama. RM12 satuuu.
Selesai Pn Dr kursus, kami cuci mata di Esplanade, Temerloh.
Jambatan gantung ni ditutup untuk akses. Banjir besar tahun 2014 dulu, Tahap air naik sampai ke bawah jambatan gantung tersebut. Gambar dari lokasi Patin Gulai Masam.
Berada di sini, terasa bahaya dia. Sebab lepas bola bulat banyak biji ni, terus sungai. Takde jarak atau pagar yang memisahkan lokasi ni dengan sungai. Adam siap bergurau lagi nak terjun. Macam la boleh berenang. Dalam swimming pool, leh la. Hehehe… Ada buaya tak dalam ni?
Menurut cerita, nama Temerloh dikatakan berasal daripada perkataan ‘mereloh’. Perkataan ‘mereloh’ adalah perkataan loghat tempatan yang bermaksud ‘tidur’. ‘Te’ pada pangkal nama Temerloh ialah asalnya ‘ter’ yang menunjukkan perbuatan tidak sengaja, yakni ‘tertidur’. (sumber: https://negeripahang.com/asal-usul-nama-temerloh)