2023.06.15 – Talaqqi Qiraat bermula kembali

Setelah hampir 2 bulan berehat – Ramadan dan Syawal, kami bermula kembali talaqqi Qiraat kami. Masa Syaaban dulu, kami khatamkan Qiraat Imam ‘Asim (Syu’bah dan Hafs), maka kita sambung balik dengan qiraat Imam Hamzah.

Qiraat Imam Hamzah ini ada special dia iaitu ketika waqaf di atas huruf hamzah. Samada hamzah di pertengahan perkataan atau di hujung perkataan. Banyak benda kena refresh balik. Syukur capaian internet memberangsangkan untuk google file pdf. Kitab fizikal ada, tapi cam susah nak baca sebab Quran pun guna online punya. Pastu camera plak guna laptop jer. Tak mo guna phone nanti terkalih kepada benda lain plak (macam la guna laptop tak terkalih.. haha).

Ahli qiraat kita masih kekal Alhamdulillah. Hajah Noraishah, Hajah Norwiyah, Hajah Kalthom dan Hajah Insiyah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *