Kisah bermula dari hari Jumaat, 2 Jun. Bawa anak-anak (Farha tido dalam kereta) bersarapan di Selera Campur-campur. Sebab nasi kerabu takde kat situ belah pagi, order roti canai dari victory kedai sebelah dan nescafe ais dari SCC.
Lepas hantar anak-anak ke rumah Ummi, pergi punch-in kat office untuk ready khutbah dan imam jumaat. Kontraktor baru kantin belanja nasi minyak/beriani ayam masak merah. Rezeki belah pagi. Lepas makan dia, perut rasa tak sedap. Gi amik anak-anak dulu dalam jam 12 untuk solat Jumaat. Sebelum Jumaat, sempat ‘check-in’ toilet sekali. Orang bawa nasi kandar Sultan pun dah tak pandang dah sebab perut dah rasa tak selesa. Bagi kat anak-anak sahaja makan, favourite diorang tu.
Lepas Jumaat, untuk hilangkan rasa tak selesa perut, cuba untuk lepak luar. Borak-borak ngan jemaah dll. Sambil2 ada orang serahkan barang tercicir – hp iPhone dan kunci kereta Honda. Owner dua barang tu datang tuntut, gi tolong kira duit. Perut masih tak selesa. Sebelum asar, sekali lagi ‘check-in’. Suara dah rasa lain.
Lepas asar, sebab takde sape dalam group pingpong nak turun main, kita makan (lagi). Nasi sup kambing. Cuba nak counter tak sedap perut tadi. Masih sama, sempat ‘check-in’ sebelum solat maghrib. Solat Maghrib dan Isyak, bertahan dengan suara yang ada dan mampu (hahaha).
Sebab bonda Balqis bawa Farha gi Melaka, habis kelas Mualaf, terus balik rumah. Dalam kelas pun, student nampak ketidaksihatan cikgu dia. Bagus diorang, prihatin. Hahaha…
Duty Subuh, badan dah rasa tak selesa, tapi gagahkan diri lagi untuk turun berbakti. So sabtu, setiap waktu solat akan ‘check-in’ terlebih dahulu. Kecuali Isyak, tapi balik rumah, tetap ‘check-in’ jugak (haha). Lunyai den bila ‘check-in’ ni. Zohor Sabtu, dah mula selsema pulak.
Hari Ahad, gagahkan diri untuk temankan (drivekan) Pn Dr dan anak-anak ke Melaka. Tunaikan request mereka untuk hadiri majlis resepsi anak uncle Khalid (https://www.facebook.com/media/set/?vanity=siti.f.nur&set=a.10228009206673093) kat Dewan Seri MPJ Umbai, Merlimau, Melaka. Hujung-hujung majlis, tekak dah rasa tak selesa. Perut masih bertahan (tempat orang kan.. haha). Habis majlis, kami decide untuk balik rumah sebab gerun tengok kemeriahan dan kemerahan dalam waze kat Melaka ni. Along pun belum sampai lagi. Balik Kajang pun, ikut jalan dalam. PLUS, exit Simpang Ampat, ikut Gadong, ikut Bengok, ikut Pedas Rembau sampailah ke Jalan Tuanku Antah Seremban. Terus lajak ke Mantin cari durian. Pun kawasan panas kat situ, berQ orang berhenti nak beli durian.
Singgah solat kat r&r Beranang, terpaksa ‘check-in’ jugak.
Subuh Isnin, badan terus jammed. Sakit urat, selsema, batuk. Terus whatsapp dalam group pegawai situasi kesihatan semasa. Tak larat dah nak paksa badan. Terpaksalah jua mengadap doktor walaupun hari-hari jumpa Dr dan juga gi hospital hari-hari (haha). Kena juga cucuk untuk ambil darah. Sebab dah 3 hari badan tak sihat. Syukur, tiada apa-apa masalah serius. So, doktor Asyraf Klinik Ara 24 Jam depan Giant bagi ubat paracetamol, loratadine, cair kahak, ubat batuk dan ubat kumur untuk demam selsema dan sakit tekak. Tekak sekeliling tonsil merah, tonsil Alhamdulillah ok.
Jom rehat dan healing.