2023.02.07 Kuliah Maghrib: Adakah murtad menyekat kebebasan beragama?

Alhamdulillah, Allah masih izinkan ambe untuk teruskan lagi berkongsi buku untuk slot kuliah Maghrib di Masjid Jamek Pekan Kajang (MJPK). Buku pertama, selesai didiskusi setelah hampir 3 tahun duk baca tolak campur dengan musim Covid-19 dulu. Buku bertajuk (منهج القران الكريم في اصلاح المجتمع) yang merupakan kajian untuk tesis. Masa baca buku tu, terlintas nak buat terjemahan ke BM. Sampai ke khatam buku tu, tak buat-buat. Hehehe…

Jadi lani, ambe buka buku baru pulak. Sama juga, masih lagi bersangkut paut dengan al-Quran – dah itu memang bidang yang ambe ambil masa belajar dulu. Penjagaan al-Quran kepada hak-hak manusia (عناية القران بحقوق الانسان).

Jadi, semalam tajuk yang ambe baca adalah berkenaan dengan Murtad: Adakah Islam Menghalang Kebebasan Beragama?

So boleh dengar la kuliah ambe di bawah ni:

Ambe jugak rujuk kepada tulisan Dr Zulkifli Hasan (Peguam) berkenaan dengan kedudukan Murtad dalam perlembagaan Malaysia/negeri-negeri. Boleh download PDFnya di sini.

Sebut bab murtad ini, teringat kepada beberapa peristiwa selama jadi pendaftar pengislaman di Masjid al-Falah. Semoga Allah merahmati dan mengekalkan hidayah Islam dan Iman dalam hati para mualaf yang bersyahadah di Masjid al-Falah. Secara rasmi, sudah 89 orang yang bersyahadah di Masjid al-Falah sejak Masjid dilantik menjadi pusat pendaftaran pengislaman Mualaf (PPPM) MAIS. Ada yang join kelas mualaf kat masjid, ada yang join kelas mualaf yg dekat dengan tempat tinggal masing-masing, ada yang belajar sendiri-sendiri.

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *