2023.02.04 – Sambut last day CNY bersama pelajar Mualaf

Alhamdulillah, diizinkan oleh Allah untuk raikan Chinese New Year 2023 dengan pelajar-pelajar Mualaf dalam Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) Masjid al-Falah USJ 9. Diorang ni ramai, tapi cam biasalah. Orang-orang dewasa, sibuk dengan urusan kehidupan masing-masing. Jadi, kita raikan mereka yang masih aktif dengan kelas. Ada Cina, India, Sabah, Sarawak, Indonesia dll. Yang utama, bahasa utama adalah Bahasa Melayu. Kalau ada yang hanya faham English, ambe memang galakkan untuk hadir kelas yang dianjurkan oleh PERKIM. Dua-dua sama sahaja. Dua-dua bernaung di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS). Dua-dua, guru mereka ada tauliah mengajar dari MAIS.

Jadi, inilah antara menu yang kami nikmati semalam.

kari ayam

kari ayam dari puan Yesmin

udang sambal dan sayur

menu utama kami dari puan Ety, udang sambal dan sayur

epal mayonis

epal mayonis dan yee sang serta nasi putih

yee sang

kalau sambut CNY tanpa yee sang, macam tak jadi jer kan. Ambe boleh tunjuk gambar makanan jah, gambar pelajar tak le tunjuk untuk raikan privasi masing-masing. Yee sang ni sponsor dari pelajar cina ambe, boss kedai makan. Kalau dia boss kedai handphone, confirm dia sponsor aiPong ko ambe.. hahaha…

 

ni pulak video kacau yee sang:

 

Akhir kata,

Gong Xi Fa Cai

Xin Nian Kuai Le

Leave a Reply